05 April 2008

Hri Ini Dalam Sejarah.

arini dalam sejarah.. 5/4/08.. hari ke-2 cuti sem

ni la kali petame dalam hidup aku sebagai sorg student U dapat cuti semester..

sebelum ni mmg xpnah ade cuti sem dlm U..mmg aku xpnah merase..

klu x sebelum ni asyk klas,klas,klas..bsan aku!

ntah laa..ape mimpi lec kali ni pnye cuti dia bagi plak..

so,ape plan cuti sem nih? lamee..2minggu tuh (bg aku kire lame laa,klu x, sminggu sehari jer cuti..)

so,aku igt cuti kali nh aku nk bnyak n mase dgn fam n memeber.ceh mcm ade fam kt cni..wakakaka!!

balas dendam aa..klu x xde mse nk melepak dan nk melalai..skali2 xpe koot..hehehe

haritu plan cuti nk balik mlsia..tp xjd sbb keadaan ekonomi yg x mengizinkan..

so,xtau nk buat ape actually

03 April 2008

abu dan teachernye

Ade seorang budak..abu namenye...
abu kata dia ginies..ye ke? tu die yang kate..xtau lee..
satu hari,abu g skolah.. masa subjek pendidikan seni,terjadi 1 kisah..
cikgu memberikan setiap muridnya seorang sehelai kertas lukisan..
abu pn dapat...

cikgu: baik murid2, harini cikgu nak kamu lukiska apa yg terlintas di pala hotak kamu smua yee.. baik,kamu mulakan sekarang..

abu: baik cikgu! (murid2 yg lain senyap je trus buat keje)

--------30 minit kemudian--------

cikgu: murid2 semua, dah siap ke belum lukisan kamu?

murid2: daaahhhh... (suara abu yg paling kuat)

cikgu: joyah,bagi cikgu tengok ape yg kamu lukis

joyah: saya lukis gambar hutan ada sungai, cuba cikgu tengok ni..

cikgu: ok,bagus..cantik... abololah, kasi cikgu tengok apa yg kamu lukis..

abololah: saya lukis gambar taman permainan ,cikgu..cuba tengok nih..

cigku: waa..cun2...baguih...haa..abu, kamu lukis ape?
(sambil mendekati ke meja abu n lihat kertas lukisannyer)

cikgu: aik! apesal kamu pnyer kertas ni kosong aje? kamu lukis ape nih?

abu: hhaa? mne? oo..yg tu.. tu saya lukis gambar kuda dgn rumput..ape la cikgu ni

cikgu: pulak... dah tu mane rumputnyer? xnampak pn..kosong jer

abu: ouh..rumputnyer dah abis..td kuda tu makan...

cikgu: kuda tu makan? kuda yg mana? kamu tak lukis ape2 laa abu..

abu: ai cikgu ni buat xtau plak..tadi kuda tu ada mase makan rumput..bile rumput da habis, die pn blah je laa..cikgu ni,apaa daaa..

cikgu tu pn bengang n trus belah kluo dari kelas..nk marah pn budak lg xguner..hahaha

ari ini yg suwey

arini 3 aribulan..
aku td pg kul 9.15 lbih kurang nk g kdai beli telo..
kekonon sambil menghirup udara segar..
pastu tetibe ade polis trafik la plak..neno,neno,neno...
GAMP btul....aku pn ape lg..mennggelabah lee..polis tu tahan kete yg aku bwk..
kete kampeni tampat aku masak laktuh..hampas pnye polis..
xnmpak ke no plet kete kaler biru? apsal ko degil tahan jugak..? manngggaaii btul..
Polis tu pn yg aku bce kt nametag die nme tarig, tnye aku..
"ei budak! mane lesen??" aku cakap.. " aaa xde2,tinggal kt umah..apsal ko nk tau?"
pastu polis tu skejap jer da hangin.. "eh,sukati aku la aku polis..ko nk bayau saman ke, ko nk kne cabut no plet kete ke, ko nk ikut aku g balai" aku pn mule le cuak sesikit. "alamak..lesen ade kt umah laa..asal tok xnak pecaye tok? ok,saye g amik lesen jap..tok tggu kat cni"
polis tu pns n cakap.."ooo..ko nk lari eh? aku penampo kang..xde2,cepat turun..kasi kete ni kt aku!" eh eehh..suke2 die je nk amik keter nih..aku blas le.."woi,banyak cantik hang polis..ni bukan kete aku oo ko sesuka nk amik..ni kete kampeni..klu kete aku xpe aaa"
polis tu pn tergamam..mebi dalam hati beliau berkate "hek eellleehh..kereknyer mamat nih"
polis tu pn sruh aku turun,n panggil member die sorg lg..hallamaakk!! aku pn ape lg...
cecepat cakap.."ei..ei..ni ape panggil2 member nih? bende leh bincang lek lok,kit bincang le.."
haha..tau takut! member die pegang stereng kete aku n cakap.."nampak ni?"
aku cakap "nampak,stereng kete..apsal?" die jawab.. "bagus pandai..skang ni pe citer? ko nk ikut p balai ke nk bayau saman?" aku cakap le.. " k la..aku bayau saman..aku pn da lmbat ni da kebuloq nk makan..g beli telo pn salah..bkn jauh pn umah aku.." si member polis tu kate " aahhh..suke aa aku pnye keje tahan pemandu yg xde lesen or xbawak lesen..xkire la nk beli telo ke ape ke.." aku pn dgn bengkek n selamber kluokan duit lalu membayau duit saman tuh n mintak resiptnyer..sib baik tak mahal..30pound jer..polis tu pn kasi aku jalan...
masuk kali ni.. dah 5 kali aku kene saman kat negara sudan nih...
tiap2 kali kne saman n ditanye name,
aku akan bagi name yang berbeza2..
sib baik la diorang xtnya ID aku..tidak mampuihh..hahaha
sekian...


02 April 2008

pening

ape laaa aku merapu meraban nih..
pening...

peristiwa penting 13 april

Negara akan menerima kejutan sekali lagi pada 13 April ini, kata Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Yahya Sahri.Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili MB Selangor di majlis kesyukuran selepas PKR, PAS dan DAP membentuk kerajaan baru Selangor di Lembah Hijau dekat Bandar Tasik Puteri petang Ahad.
“Apakah kejutan itu, tuan-tuan tunggulah. Paling lewat pun Jun ini,” kata beliau mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin yang lebih 500 orang itu.

Yahya yang merupakan Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor berkata, selepas pembubaran Parlimen 13 Februari lalu beliau dalam taklimatnya berkata, ketika itu sudah 15 kerusi jatuh ke tangan pembangkang di Selangor.

Sejak itu, kerusi untuk pembangkang bertambah hari ke hari, sehinggalah terbukti kerajaan Selangor jatuh pada jam 7.30 malam 8 Mac walaupun diumumkan SPR pada jam 5.30 pagi 9 Mac.

Turut berucap di majlis kesyukuran anjuran PAS dan PKR Lembah Hijau itu adalah anggota Parlimen Lembah Pantai yang baru, Nurul Izzah Anwar serta datuknya, Datuk Wan Ismail.

Ketibaan mereka telah disambut dengan pasukan bermotor BTP. Orang ramai pula berebut-rebut untuk bergambar dengan Nurul dan suaminya, Shahril.Adalah difahamkan, PKR menjangkakan, kerajaan Pusat akan berubah tangan dan kerajaan BN yang ada akan jatuh.Kenapa tarikh 13 April dipilih tidak diketahui namun berita angin bertiup kencang kerajaan BN pimpinan Abdullah akan kecundang selepas itu ekoran masalah dalaman yang semakin menjadi-jadi dalam kerajaan pimpinan beliau itu.Abdullah dianggap telah hilang kawalan.Dua calon MB yang dipilih beliau tidak boleh mengangkat sumpah sebagai MB iaitu Datuk Seri Shahidan Kasim di Perlis dan Datuk Seri Idris Jusoh di Terengganu.

anugerah bintang utusan meloya

Sebuah majalah hiburan bermaksiat terkenal, Utusan Meloya menobatkan filem "ADUN DAP MAIN SANDIWARA" sebagai filem terbaik pada hari ini malah meletakan tajuk filem tersebut di hadapan majalah mereka.

Persoalannya, kenapa filem yang singkat ini dinobat sebagai filem terbaik pilihan Utusan Meloya? bagaimana pula dengan dua filem HIT keluaran Dacing Berat Sebelah Sdn Bhd "Tidak ku rela Kuasa ku terlepas ke tangan Sabu" lakonan aktor tak kacak bermisai tebal Shahidan Kassim dan "22 Penderhaka" yang menampilkan pelakon muda yang belum cukup pengalaman, Rosol Wahid disamping aktor terkemuka, Deris Jusoh d.e.r.h.a.k.a sebagai watak sampingan.
Sungguh pelik kenapa filem hebat arahan pengarah tersohor Abdullah Ahmad Badawi ini tidak mendapat tempat di hati Utusan Meloya? Tentu anda sendiri kagum melihat aksi pengarah filem ini yang mampu mengarah filem sambil menutup mata. (ZZZZZZ....)

Lakonan mantap Shahidan di dalam filem "Tidak ku rela Kuasaku terlepas ke tangan Sabu." sepatutnya layak menobatkan beliau sebagai "Pelakon Lelaki Terbaik". Kita lihat sendiri bagaimana usaha keras hero filem ini yang tidak rela pangkat yang dipegangnya selama ini terlepas ketangan orang lain. Sungguh pun bermati-matian beliau berjuang, akhirnya tersungkur jua. Lihat pula "22 Penderhaka". Aksi Rosol Wahid walau masih baru dalam dunia perfileman berjaya memukau penonton malah selayaknya beliau di anugerahkan "Pelakon Baru Terbaik". Unsur-unsur emosional di dalam filem ini sungguh menusuk jiwa kalbu penulis.

Filem ini berkisar kegigihan 22 pembesar yang menentang Sultan kerana melantik Bendahara baru,Hang Ahmad sedang Bendahara yang banyak menabur bakti kepada 22 Pembesar ini, Hang Deris dilucut jawatannya oleh Sultan. Kerana sudah tidak ada lagi peluang untuk merompak harta rakyat, maka ketua mereka, Hang Rosol Yang Tidak Menerima Wahyu pun bangkit menentang Sultan yang Adil. Dengan berpandukan kitab "Kami Nak Idris Natang" maka bergeraklah 22 penderhaka ini ke Istana Sultan namun gagal menandingi kehebatan Silat Hang Ahmad. Umum mengetahui aktor Ahmad Said ini pernah memukau penonton dengan aksi garangnya dalam dalam filem "Ini Gila Datuk Yang Dipertua".

Walaupun tidak banyak beraksi dalam filem ini, aksi Deris selaku Bendahara terlucut patut dipuji. Oh ya, terlupa pula mengucap tahniah kepada Deris kerana berjaya mengarahkan filem "Masa Depan Mu Terjamin" yang rata-ratanya ditonton oleh mereka yang berotak beku.Apapun, syabas kepada pengarah Dollah kerana berjaya menghasilkan filem yang penuh makna disamping memberi pengajaran kepada rakyat agar kejarlah Pangkat dan Harta walau terpaksa menderhaka kepada Raja.

Saya berharap majalah Utusan Meloya yang terkenal dengan artikel fitnah dan cerita gosip yang tidak bermoral dapat membuat penilaian semula terhadap filem ini kerana tema filem ini amat sesuai dengan Utusan Meloya sendiri