13 June 2008

kok ko kok kookk



artis sekadar ganbar hiasan

Pak Leman (tidak ada kena mengena antara yang hidup atau sudah mati) ialah seorang penternak ayam kampung yang berjaya. Kerja Pak Leman asalnya ialah sekadar mengambil upah menoreh getah. Membela ayam, pada mulanya sekadar aktiviti sampingan, buat memenuhi keperluan makanan keluarga Pak Leman.

Maka selalu jugalah keluarga Pak Leman makan berlaukkan ayam, sama ada di masak rendang atau kari. Atau pun tidak, telur-telur ayam kampung beliau menjadi santapan waktu sarapan pagi, sama ada digoreng, rebus atau separuh masak.

Mungkin kerana Pak Leman rasi membela ayam, atau juga mungkin kerana tanah sekitar rumahnya yang subur dan penuh cacing, ayam kampung Pak Leman sihat-sihat belaka dan berkembang biak dengan jayanya. Punyalah banyak ayam kampung beliau sampaikan ada lebihan yang boleh dijual oleh Pak Leman kepada orang ramai yang berminat hendak makan ayam kampung. Begitu juga dengan telur ayam kampung beliau, tidak putus-putus orang datang hendak membeli.

Mula-mulanya Pak Leman sekadar menjual suka-suka, sedikit pendapatan sampingan apa salahnya, kata Pak Leman. Pada masa yang sama setiap minggu juga Pak Leman menyembelih ayam buat juadah lauk keluarganya, atau mengutip telur ayam buat simpanan stok telur di rumah. Isteri dan anak-anak Pak Leman pun memang suka makan daging atau telur ayam kampung ternakan mereka sendiri.

Tapi lama-kelamaan kehebatan, kelazatan dan khasiat daging serta telur ayam kampung Pak Leman mula dikenali ramai. Berbondong-bondonglah orang bertandang membeli ayam dan telur dari Pak Leman. Apa yang asalnya hanya pendapatan sampingan untuk Pak Leman kini bertukar menjadi sumber pendapatan utama. Pendek kata tidak perlu lagilah Pak Leman bangun di waktu subuh ambil upah menoreh getah, cukup sekadar duduk di rumah menjual ayam dan telur.

Lalu dari asalnya membela ayam untuk sumber makanan keluarga, Pak Leman kini menternak ayam untuk dijual daging dan telurnya. Permintaan yang semakin tinggi membuatkan harga daging dan telur ayam Pak Leman melonjak naik. Untung yang Pak Leman dapat pun melipat berkali ganda. Tebal poketlah Pak Leman jawabnya.

Tapi, oleh kerana permintaan yang tinggi itu, Pak Leman kini dalam dilema. Ayam dan telur yang boleh dibekalkan oleh Pak Leman sekadar cukup-cukup memenuhi permintaan pembeli. Kalau hendak menyembelih ayam setiap minggu atau mengutip telur setiap hari buat jamuan keluarga, pastinya tidak cukup. Tambahan pula harga jualan daging dan telur ayam beliau sangat lumayan, rugi pula rasa Pak Leman jika tidak dijual.

Akhirnya Pak Leman membuat keputusan drastik. Diberitahu pada isteri dan anak-anak, sebulan sekali sahaja boleh menyembelih ayam untuk jamuan keluarga. Hendak makan telur pun tidak boleh setiap hari lagi, mesti berselang hari. Alasan Pak Leman, lebih menguntungkan jika ayam dan telur itu dijual kepada para pembeli di luar sana.

Isteri dan anak-anak Pak Leman tersentak. Marah mereka bukan kepalang lagi. Kalau setakat kurangkan makan daging atau telur ayam itu boleh lagi diterima, walaupun isteri dan anak-anaknya cukup suka makan berlaukkan ayam atau telur ayam. Tetapi yang membuat ahli keluarga Pak Leman makin panas ialah kerana Pak Leman, beroleh banyak wang hasil jualan ayam dan telur, tapi hanya sedikit sahaja yang dikongsi bersama keluarga. Banyak wang hasil jualan dilabur Pak Leman di kelab-kelab dangdut, berkepit dengan perempuan-perempuan joget di sana atau pun diguna untuk biaya trip melancong Pak Leman ke Siam, meratah ‘ayam daging Siam’ yang muda dan bergetah itu.

Macam mana ahli keluarga Pak Leman tidak mengamuk? Lebih-lebih lagi isteri beliau, yang sudahlah terpaksa kurangkan makan ayam, si suami pula sibuk meratah ‘ayam daging Siam’ yang muda dan bergetah itu.

Itu cerita Pak Leman. Sekarang bayangkan Pak Leman itu kerajaan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan temberang. Andaikan ayam dan telur itu sebagai petroleum dan diesel yang digali dari perut bumi Malaysia ini. Gantikan wang hasil jualan ayam dan telur Pak Leman itu kepada wang hasil eksport petroleum dan diesel Malaysia. Umpamakan pula isteri dan anak-anak Pak Leman sebagai rakyat jelata Malaysia yang kini tidak lagi dapat menikmati petrol atau diesel dengan mudah, atau berkongsi keuntungan hasil jualan minyak itu.

Kemudian, gambarkan bagaimana Pak Leman berjoli sakan dengan duit jualan ayam serta telur itu dalam konteks kerajaan Malaysia yang berjoli sakan membuat segala macam koridor, projek mega, majlis keraian dan sebagainya dengan wang hasil jualan minyak.
sindiri kasi pikir.

11 comments:

umaq_eiman said...

mana cilok gud story nih... paklah baca nih tak paham..
ngan org tua tuh kutuk depan muka pon dia tak paham...

KiDeN~H.D.3 said...

uuiihh abg umaq..peliz ckit..
xmain aa cilok2..hehe
ye ke die xpaham?
kang klu direct sgt kang masuk ISA plak..
nnti klua sokaba,
blogger ke-2 masuk ISA..
femes hehehe..

Anonymous said...

ahahhaa..menarik !

michi 2412 said...

Thank you for visiting my blog. I like the song on your blog. I dont understand it, but the melodie is very fine.

Greetings from vienna (austria-europe)

KiDeN~H.D.3 said...

well..what can i say..
i know,my blog mmg best.
susa2 je dgr lagu kt cni..
neway thanx..
ngehehehe

Freya Azhar said...

vienna? gadis atau teruna? gadis - g ayat! :) teruna - wat tataw suda..
oh.. cite tu best hah. ayam2

KiDeN~H.D.3 said...

macam abg umaq cakap,
best camaner pn citer tu,
pak lah tetap xpahamm..
die tu bengong..

Freya Azhar said...

haha tu psl laa~

Unknown said...

Pak Lah tuh mengom.

Maira Adreanna said...

pak lah tapaham sbb slame neh org len yg tlg bace kn ntuk dia. act dia rabun huruf HAHA.

KiDeN~H.D.3 said...

tu bukan rabun bukan ape..
tu bangang nmenye..hehehe
bahasa agak kasar harap maklum