18 August 2008

UiTM ku!!

artis sekadar gambar hiasan

Ke hadapan sahabat-sahabat UiTM yang dikasihani,

Aku guna istilah 'kasihan' sebab aku kasihan pada u'll. Kasihan sebab tempoh hari kawan2 berarak di bawah panas mentari berpakaian baju hitam. Keldai mana punya idea suruh ngkorang berarak pakai baju hitam bawah panas mentari, Tuhan saja yang tahu.

Tapi aku faham, kemungkinan besar kawan2 semua dipaksa untuk menghadirkan diri. Terpaksa turut serta, kalau tidak nanti tidak dapat kolej semester depan. Cuma yang aku tidak faham, apa hal berarak hari kuliah? Apa kawan-kawan semua tidak ada kuliah? cuti period kah?

U'll kena ingat pesanan Sivaji, maaf, pesanan VC Ibrahim Abu Shah dulu-dulu. Pelajar UiTM mesti rajin belajar, mesti tumpukan pada pelajaran. Pelajar tidak boleh berpolitik, kata Sivaji, maaf, kata VC Ibrahim Abu Shah.

Apa ngkorang semua sudah lupa pada pesanan Sivaji, maaf, pesanan VC Ibrahim Abu Shah?

Atau Sivaji, maaf, atau VC Ibrahim Abu Shah sudah berubah mazhab dan pegangan? Sudah berubah jadi VC yang revolusioner, yang mendukung pergerakan aktivisme pelajar universiti?

Entahlah,aku paham, UiTM universiti bastion terakhir Melayu.
Bercakap tentang bastion terakhir Melayu, aku bangga tengok kawan-kawan berarak tempoh hari. Sungguh hebat sahabatku ini berarak dan memperjuangkan prinsip UiTM. U'll keluar suratkhabar, keluar TV dan keluar di Youtube, bercakap tentang UiTM untuk Melayu dan Bumiputera, bukan untuk lain-lain bangsa.

Aku faham, korang bertindak sedemikian sebab korang patriotik, mendukung semangat kenegaraan Malaysia kita yang tercinta.

Bercakap tentang Malaysia yang tercinta, Haritu aku ada menonton siaran langsung Olimpik. Perlawanan separuh akhir badminton perseorangan, pemain Malaysia lawan pemain Korea Selatan.

Aku yakin, kawan-kawan UiTM yang tidak ada kuliah waktu petang juga pastinya menghadap TV di kolej atau rumah sewa. Turut mengharapkan Lee Chong Wei menang dan layak ke perlawanan akhir, demi meneruskan pencarian emas Olimpik untuk Malaysia.

Aku tidak mahu tulis dan ulas perlawanan semalam. Aku bukan pakar ulasan badminton macam Pak Hasbullah Awang. Lagi pun kita semua sudah tahu Lee Chong Wei menang haritu dapat masuk akhir.

Cuma yang aku nak kongsi bersama, aku percaya kita semua tumpang seronok bila Lee Chong Wei menang. Dia menggalas harapan jutaan rakyat Malaysia untuk memburu pingat emas Olimpik pertama negara.

Tapi dalam menyambut kemenangan petang haritu, aku terbayang satu perkara. Bagaimana agaknya kalau Lee Chong Wei menang pingat emas esok, dan selepas menang beliau berkata "kemenangan ini ditujukan khas buat rakyat Malaysia berbangsa Cina sahaja, bukan untuk lain-lain bangsa."

Taubat lahum, shabat-sahabat mesti berarak dan merusuh satu Shah Alam nanti. Sivaji, maaf, VC Ibrahim Abu Shah mungkin keluar TV lagi dan bercakap bahawa Lee Chong Wei mendapat latihan badminton selama ini yang dibiayai melalui kutipan cukai setiap bangsa di Malaysia, bukan orang-orang Cina sahaja.

Mesti gila punya kecoh bukan? Tapi, tempoh hari kawan-kawan pun buat perkara yang sama. Dan Sivaji, maaf, dan VC Ibrahim Abu Shah keluar TV tempoh hari, bercakap tentang UiTM milik Melayu dan Bumiputera sahaja, bukan lain-lain bangsa, walaupun Sivaji, maaf, walaupun VC Ibrahim Abu Shah tahu duit peruntukan UiTM datang dari poket rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Haritu, selepas menundukkan Lee Hyun-Il, Lee Chong Wei berlari ke arah jurulatih Misbun Sidek, memeluk jurulatih beliau sambil Misbun mengusap kepala anak didiknya. Lee Chong Wei kemudian berlari ke salah satu kamera di tepi gelanggang, mencium Jalur Gemilang yang tersemat di baju ketika berdepan dengan kamera.

Lee Chong Wei, seperti yang kawan-kawan sedia maklum, bukanlah seorang Cina dari Tanah Besar China. Dia seorang Cina dari Malaysia, lahir di Parit Buntar, Perak. Negara beliau ialah Malaysia, tanah tumpah darahnya.

Lee Chong Wei, berbangsa Cina, kini merupakan pemain badminton ranking ke-2. Beliau dilatih oleh seorang bekas pemain badminton yang berbangsa Melayu. Bagi mereka, soal bangsa bukan persoalan pertama dalam buruan gelaran juara mereka. Bagi Chong Wei dan Misbun, apa yang mereka tahu ialah mereka menggalas tugas negara tercinta, Malaysia. Tanpa mengira latar belakang dan perbezaan budaya, mereka adalah satu pasukan di bawah Jalur Gemilang.

Tapi tempoh hari kawan-kawan berarak di Shah Alam, memprotes dengan lantang, kononnya mempertahankan UiTM dari lain-lain bangsa, termasuklah bangsa darah daging Lee Chong Wei sendiri, mungkin saudara-mara beliau sendiri, mungkin juga akan menafikan peluang anak-anak Lee Chong Wei untuk belajar di UiTM pada masa depan kelak.

Mana kesedaran kawan-kwan tentang Malaysia ini tempat tinggal kita semua, negara kita semua, negara setiap rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan warna kulit?

Bila Lee Chong Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir kelmarin, kawan-kawan meleleh air liur memikirkan prospek untuk Malaysia mendapatkan pingat emas yang pertama di Olimpik. Tapi pada ketika yang sama kawan-kawan menafikan peluang mana-mana rakyat Malaysia berbangsa Cina, India dan lain-lain hak ke atas pendidikan yang mampu dimiliki. Nasib baik beliau kalah ditempat ke 2 memperolehi pingat perak semalam. Kalau beliau menang, keluarkan kenyataan macam tadi, lagi huru hara koume. Tetapi rakyat Malaysia tetap berbangga dengan beliau.

Jadi, di mana kesedaran dan sensitiviti kawan-kawan semua, sebagai pelajar sebuah universiti yang u'll banggakan? Adakah kawan-kawan memang bebal dan benak hati, atau pemikiran sahbat-sahabatku di UiTM sudah dikaburi oleh misai tebal Sivaji, maaf, misai tebal VC Ibrahim Abu Shah?

Entahlah. Apa yang aku tulis hanyalah sekadar buah fikiran dan pendapat aku semata-mata. Mungkin kawan-kawan lebih arif dan faham sebab kawan2 adalah pelajar UiTM.

Mungkin UiTM juga perlu ada aspirasi mahu melahirkan pemain badminton Melayu bertaraf dunia. Nanti bolehlah kita memburu pingat emas Olimpik pertama untuk orang Melayu. Bukan apa, sebab pada pandangan aku, kawan-kawan nampaknya terlalu berkira sangat tentang persoalan bangsa.

Sudah panjang aku menulis. Cukuplah sampai di sini, hingga ketemu di warkah yang lain.

Salam sayang dan peluk cium dari aku buat kawan-kawan UiTM
(perempuan sahaja, yang lelaki, kirim salam sudah cukup..har..har..har)

sekian,
sendiri ada otak, sendiri kasi pikir.
once you start thinking about what you were just thinking about, what you were thinking about is no longer what you were thinking about, it’s what you are thinking about.
edited from orang.

18 comments:

Anonymous said...

heii..matang seh tulisan dia..sbb pkai computerkn klu tulis tgn mesti terabur..haha..nk lawan kertas kajang nampak..aku abih stok daa

Aishahtur said...

la pasal mempertahankan tu ke depa dok berarak, ingat sambut merdeka dulu. haha

-baguslah ni , anak sapaa laa. kembang hidung poklah

Maira Adreanna said...

betul setuju. kata masy majmuk kan. kadang2 manusia tak fikir panjang sgt, biasa lah. nama pun manusia.

Uncle Muaz said...

Waaa.... Rili Nais Kiden...

Melayu klu tkut nak bersaing... Smpai bila2 pon xkan Maju...

UiTM tu Universiti Teknologi Malaysia...
Bkn Universiti teknologi Melayu...

Tp cam besa la...

Isu cmni dipolitikkan....

Student2 yg Uitm jd boneka...
Kesian depa..

KiDeN~H.D.3 said...

-am-
jgn puji lelebih am..
ni pn dah nk ter-riak ckit..
xdak haih..tu tulisan tgn la tu, aku scane msuk komp.
klu tulisan komp xseindah itu pnye laa..
hah,kan dah ter-riak ckit..hang pnya pasai la nih..haha

-e'a-
sambut merdeka mende..
tp xtau la..boleh jadi kot..
mebi diorang nak buat latihan awal..
takut xbiase nk berarak ari merdeka kang..
camtu la kot..positif thinking nih..hahah

maira
tu lah..
diorang dah la xpikiran pnjang..
paihtu nk buat2 pandai..
tp sib baik rakyat nmpak kesengalan disebalik lakonan depa tuh ek..
hidup kiden!!

KiDeN~H.D.3 said...

uncle muaz
tu la sapal..
nak2 dekat PRK P44 nih..
lg mcm2 la deorg pnye akal tuk jtuhkn phk lawan ek?
smue bende klu bleh nk dpolitikkan..

LuciusMaximus said...

salam

peminat fanatik anda tuduh saya ciplak karya anda di blog.

Anonymous said...

bang... macam kenal je entry nehh.... haihh

Anonymous said...

agak2 la....

KiDeN~H.D.3 said...

lucius maximus
lantak la ape org nak kate..
padehal saye yg ciplak karya dr blog anda..ehehehe

anonymous
dah ciplak..
memang aa kenai..
hahahaha

Hannan Baharom said...

kepada uncle Muaz yg boleh di katakan sebagai "bodohh"
UiTM itu,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA...
bukan universiti teknologi malaysia...
sekali lagi,
bodohh...




p/s: sory, aku tak suka cakap belakang dan pendam perasaan...

KiDeN~H.D.3 said...

tengku hannan
ni yang aku malas ni bile kt cni nk jadi tempat gaduh..
rilek la bro..die salah taip je tuh.
nobodys perfect ok..

Anonymous said...

Bro,Lu patut buang la entri ni.
Lu cilok yg blogger lain punye ni.
Hormat la same die.
Aku minte cre baik ni.

Deeno said...

hurmm..aku pon mcm pnah tgk entry nih,takpe.
tp ade yg aku stuju n tak stuju.
dahla..tanak ah cakap,politik nih.
aku nk tdo.
kpd tngku hannan,watch ur words keyh..then ur letak sorry pllak.okeh,aku maakfkan.
sivaji da boss

eizaz said...

sengal nyer student malaysia kt malaysia..
kerajaan ag sengal buih2 air sungai nil..

Aishahtur said...

ni yang tak pueh hati bace dhannan kate uncle bodoh ni. =.= tak agak. kureng~

-semua manusia kan buat silap, T_T

KiDeN~H.D.3 said...

anonymous
gua paling menyampah la orang penakut xde telur macam lu. klu berani kasi link laa oii.apahal? takut gua serang ke?
xtau mnde, ceehh, mintak care baik konon..
gua dah siap mintak izin lmbt ckit dgn empunya karya nak edit n pos karya beliau, lu tau ape?
die kata kt gua: "tidak marah sama kamu,juga tidak jadi isu kamu edit dan poskan tulisan aku di blog kamu, selagi ada kredit dan pautan.". gua siap link entry ni ke die la mamat.
so, die pun xkate ape2 lu nak lelebih apahal?
lu sape beb? lu bikin gua panas aa.. gua tau aa lu pun slah sorg yg xsetuju dgn UiTM pnye kes. tp gua pedulik ape ni blog gua. lantak aa gua nak tulis ape pun.

Deeno
tu ah deeno..hang tdo pun ok gak kan? nk ikut hang ah tdo..leh ke?
hehehehe

eizaz
hahaha..
xleh blah seh buh sungai nil..
busuk dowh.hahaha

KiDeN~H.D.3 said...

-e'a-
orang mlayu cam tengku hannan memang cam gitu e'a..
dah, jgn lynkn sgt..biase la, xmo kalah..
uncle, rilek2 uncle eh..smue backup ucle..